Monday, October 19, 2009

cinta yang seharusnya....

Motivasi Cinta - Cinta Tanda Kekuasaan Allah

Cinta lahir dari hati. Hati bersih, penuh kemaafan dan penuh rasa memaafkan, akan dapat merasai kenikmatan cinta. Cinta yang membahagiakan akan membuat kita bersemangat tinggi, penuh bermotivasi dalam berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan. Itulah sebabnya kita sebagai orang Melayu beragama Islam disarankan bernikah supaya cinta yang ada dihati dapat disalurkan dengan cara yang halal.

Cinta berlandaskan agama menjadikan kita mengecap hidup bahagia, kita terasa ada orang tersayang menyokong usaha kita.

Cinta berlandaskan nafsu duniawi juga boleh menjadikan kita orang berjaya, bahagia dan ternama.

Tapi, apa yang dikecapi seakan sekejap saja, penuh pelbagai masalah, pergolakan juga seribu satu musibah entah bila akhirnya. Cinta didorong oleh nafsu membuat kita bergelumang dengan dosa yang mengakibatkan kita sengsara.

Cinta sifatnya positif. Bila disalurkan dengan cara positif akan membuat kita sentiasa berada dalam arus tenaga positif, menjadikan emosi kita positif - kita rasa tenang, bahagia, gembira. Bebas dari stress, bebas dari tekanan walau kita bukan beragama Islam sekalipun.

Kita akan mudah menarik situasi-situasi menggembirakan, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang menggembirakan kita, kita ditemukan dengan perkara-perkara juga benda-benda yang akan menggembirakan kita.

Bagi saya, cinta adalah salah satu tanda kekuasaan Allah, menjadi pendorong dalaman untuk kita beribadah dengan lebih rajin lagi. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Sudah tentu dia menyayangi hamba-hambanya, maka sebab itulah dia mengurniakan rasa cinta di hati kita supaya kita semakian kenal siapa yang mencipta kita. lantas berusaha mendekatkan diri kepadanya.

Biarlah cinta kita sesama manusia membawa kita kepada kerajinan beribadah untuk mengharap keredhaan Allah dalam hidup kita. Moga dengan itu, rumah kita, rezeki kita, usaha kita, berkat hendaknya hingga jadi semakin melimpah-ruah.

bahagia

Tips yang saya dapat dari mailing list.. Sebenarnya saya nak share gambar-gambar tu.. gelihati tengok hehehe.. Alhamdulillah hari saya dimulai dengan rasa ceria.. harap-harap akan ceria sampai ke petang.. Janganlah hendaknya hujan di tengahari...lol

Photobucket
Kejar matlamat yang boleh dicapai

Photobucket
Senyum yang tulus ikhlas

Photobucket
Berkongsi kesenangan dengan yang lain

Photobucket
Membantu tetanggamu

Photobucket
Pertahankan semangat dan jiwa muda

Photobucket
Tidak memilih kawan samada kaya, miskin, cantik dan jelek

Photobucket
Tetap tenang menghadapi tekanan

Photobucket
Harmonikan suasana dengan gurauan

Photobucket
Memaafkan orang lain

Photobucket
Hidup biarlah berteman

Photobucket
Bekerjasamalah untuk menuai hasil yang lebih besar

Photobucket
Hargai setiap detik bersama yang tersayang

Photobucket
Percaya kepada diri sendiri

Photobucket
Hormati orang yang kurang bernasib baik

Photobucket
Sesekali manjakan diri anda

Photobucket
Menjelajahi dunia ketika ada kesempatan

Photobucket
Mengambil risiko untuk mencapai kejayaan

Photobucket
Memahami bahawa wang bukanlah segala-galanya
Photobucket


Seorang lelaki menanam pokok bunga ros di halaman rumahnya. Setiap hari dia menyiram dan menjaga pokok tersebut sehinggalah pokok ros itu mengeluarkan bunga putik bunga. Lelaki itu meneliti putik bunga tersebut. Tiba-tiba dia terpandang duri-duri yang terdapat pada batang pokok ros tersebut.


"Batang pokok ini dipenuhi duri. Aku tidak yakin pokok ini akan mengeluarkan bunga yang cantik" kata lelaki itu kepada dirinya sendiri.


Sejak hari itu, dia tidak lagi menyiram dan menjaga pokok bunga ros itu. Pokok ros yang telah mengeluarkan putik bunga itu kemudiannya mati kekeringan tanpa sempat mengembangkan bunganya.


Mari kita bandingkan diri kita dengan situasi di atas. Ketika kita dilahirkan ke dunia, Allah telah meletakkan beberapa kelebihan dalam diri kita yang kita ibaratkan sebagai putik bunga ros. Persekitaran mendidik kita. Adakalanya didikan yang kita terima bersifat negatif yang kita ibaratkan sebagai duri. Duri dalam kehidupan kita terlalu banyak sehingga menyebabkan mata kita buta untuk melihat kecantikan bunga ros yang berada di dalam diri kita. Yang kita nampak hanyalah duri yang tajam. Kemudian kita percaya bahawa diri kita yang dipenuhi duri ini tidak akan mendatangkan apa-apa faedah dan kebaikan sehingga kita membiarkannya tanpa bersiram. Kita telah membiarkan kelebihan kita (our potential) terpendam di dasar diri tanpa berusaha untuk menonjolkannya ke permukaan disebabkan kepercayaan negatif tersebut.


Photobucket


Mulai hari ini, mari kita siram, letak baja dan tanah yang mencukupi, belai setiap hari sehingga bunga ros yang telah berputik dalam diri kita sejak kita dilahir ke dunia boleh berkembang menjadi bunga ros yang cantik di mana kecantikan itu boleh menyenangkan mata kita dan mata orang-orang yang berada di sekeliling kita. Dalam masa yang sama kita harus berwaspada dengan duri-duri yang tajam itu agar ia tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkembang.

Sunday, September 13, 2009

_DOA_


doa sebenarnya ditafsirkan dalam bahasa harian adalah meminta pertolongan dari Allah untuk meperoleh atau pon mennghindar dari sesuatu. sebenarnya skop doa nie bukan hanyalah untuk manusia saja malah ia juga unuk seluruh makhluk ciptaanNya .
pernah terjadi apabila pada masa itu manusia belum diciptakan. pada ketika itu terdiri daripada pelbagai jenis malaikat, ada yang dibuat dari cahaya, ada yang dibuat dari api dan sebagainya.pada ketika itu terdapat satu makhluk yang hebat dikalangan para malaikat, ia bernama Azazil. Azazil nie adalah makhluk yang paling dihormati pada ketika itu oleh malaikat2 lain. pada satu ketika Allah telah menyatakan bahawasanya terdapat dikalangan kamu akan ingkar pada Aku.
semua yang mendengar pada ketika itu takut dan seram akan pernyataan itu. lalu mereka meminta tolong kepada azazil agak meminta doa kepada Allah untuk pihak mereka. dalam azazil ini meminta doa kepada Allah untuk malaikat lain, azazil terlupa akan untuk berdoa untuk dirinya sendiri.
dan pada satu ketika Allah memperkenalkan makhluk yang paling mulia disisinya iaitu manusia,Adam dan menyuruh semua makhluk untuk tunduk dan sujud kepada Adam. Semua malaikat patuh akan suruhan Allah tetapi azazil, tidak. Azazil tidak merasakan bahawa Adam bukan lah makhluk yang paling mulia dan merasakan dirinya lebih layak mendapat gelaran itu. Azazil tidak tunduk. Dan pada masa itu la Allah telah menjatukan standard dia menjadikan makhluk yang paling hina laknatullah. Dan azazil dicampakkan kedalam neraka dan azazil berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak2 adam.dan iblis itulah adalah azazil.. disini kita dapatlah tafsirkan yang bahawasa nya doa itu sangat la penting untuk kita memperolehi Rahmat daripda nya.Rasulullah besabda yang membawa maksud senjata bagi mukmin adalah doa. tapi... sekarang kita tidak menyedari atau pun menafikan kekuatan doa itu sendiri dan mungkin itu adalah sebabnya ummat islam sekarang tertindas... sssshhhhuuuuuu!

jaga jaga la dengan total seceruties madness!

lecturer aku da cakap da satu virus yang dipanggil TS2009 yang lebih popularnya dengan nama panggilan trojannya la nie adalah salah satu virus yang paling dibenci untuk orang yang selalu simpan maklumat penting.
virus nie bukan apa bila dia masuk sekali la tak payah banyak kali dia akan makan folder yang penting yang selalu kita buka. virus nie bukan nak kata apa la tapi dia ni adalah salah satu virus yang nafsu dia takkan penah ada limit. damakan satu folder dia makan lagi. da habis satu makan lagi. dia akan bereni makan bila kita format lain laptop kita. so jangan la tergejut klu tiba2 folder penting ampa hilang. cepat2 la p format lain. nanti tinggal sehelai sepinggang jer laptop ampa tue da kena makan ngan virus TS2009~~~ shhhhuuuu!!!

Saturday, May 2, 2009

hidup mati segan tak mau???


korang cuba tengok balik ayat tue.....
hidup mati segan tak mau???
klu sekali tengok ok la.....
tengok sekali lagi....
hahahahah baru tau...
huhuhuhuh
itu la ...
nak cakap benda yang nampak besa bla first tgk ..
tapi klu ush tul2 huhuhhu lawak kan....
tue laa... aku nak share sikit la....
kome klu nak tgk org jangan la guna first impression....
selalu nya.. nak cakap la...
yang first tue sellu bertentangan dgn attute die yang sebenarnya.....
tak caya.?cuba ingat balik kawan kita yang frst kita jumpa.....
da lama kita kenai baru tau kan die lain dari yang kita sangka....
so... apa2 hal.. kawan dulu yang penting!!!
sebenarnya.... hidup segan mati tak mau!!!!

hidup mati segan tak mau???

Tuesday, January 6, 2009

blankheart

hmmmmmm...
adakah itu yang kita taip pada setiap start page bila kita nak chat ngan org...
or.... sms ke
apa kerrr
leh jadi gak klu kita ngah sembang kuar suara..."ermmmm"..."aaaaa" or apa2 je la
rasanya apa masalahnya tueee!!???
adakah tak da idea tuk menjauhkan or nak dekatkan diri dari org "tue" atau pon dalam kepala otak kita ada sesuatu yang lagi penting .... atau pon ...hmmmmmm...??
soooo
apa sebenarnya yang penting!?
apa sebenarnya masalah kita?
hmmmm...