Monday, October 19, 2009

cinta yang seharusnya....

Motivasi Cinta - Cinta Tanda Kekuasaan Allah

Cinta lahir dari hati. Hati bersih, penuh kemaafan dan penuh rasa memaafkan, akan dapat merasai kenikmatan cinta. Cinta yang membahagiakan akan membuat kita bersemangat tinggi, penuh bermotivasi dalam berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan. Itulah sebabnya kita sebagai orang Melayu beragama Islam disarankan bernikah supaya cinta yang ada dihati dapat disalurkan dengan cara yang halal.

Cinta berlandaskan agama menjadikan kita mengecap hidup bahagia, kita terasa ada orang tersayang menyokong usaha kita.

Cinta berlandaskan nafsu duniawi juga boleh menjadikan kita orang berjaya, bahagia dan ternama.

Tapi, apa yang dikecapi seakan sekejap saja, penuh pelbagai masalah, pergolakan juga seribu satu musibah entah bila akhirnya. Cinta didorong oleh nafsu membuat kita bergelumang dengan dosa yang mengakibatkan kita sengsara.

Cinta sifatnya positif. Bila disalurkan dengan cara positif akan membuat kita sentiasa berada dalam arus tenaga positif, menjadikan emosi kita positif - kita rasa tenang, bahagia, gembira. Bebas dari stress, bebas dari tekanan walau kita bukan beragama Islam sekalipun.

Kita akan mudah menarik situasi-situasi menggembirakan, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang menggembirakan kita, kita ditemukan dengan perkara-perkara juga benda-benda yang akan menggembirakan kita.

Bagi saya, cinta adalah salah satu tanda kekuasaan Allah, menjadi pendorong dalaman untuk kita beribadah dengan lebih rajin lagi. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Sudah tentu dia menyayangi hamba-hambanya, maka sebab itulah dia mengurniakan rasa cinta di hati kita supaya kita semakian kenal siapa yang mencipta kita. lantas berusaha mendekatkan diri kepadanya.

Biarlah cinta kita sesama manusia membawa kita kepada kerajinan beribadah untuk mengharap keredhaan Allah dalam hidup kita. Moga dengan itu, rumah kita, rezeki kita, usaha kita, berkat hendaknya hingga jadi semakin melimpah-ruah.

bahagia

Tips yang saya dapat dari mailing list.. Sebenarnya saya nak share gambar-gambar tu.. gelihati tengok hehehe.. Alhamdulillah hari saya dimulai dengan rasa ceria.. harap-harap akan ceria sampai ke petang.. Janganlah hendaknya hujan di tengahari...lol

Photobucket
Kejar matlamat yang boleh dicapai

Photobucket
Senyum yang tulus ikhlas

Photobucket
Berkongsi kesenangan dengan yang lain

Photobucket
Membantu tetanggamu

Photobucket
Pertahankan semangat dan jiwa muda

Photobucket
Tidak memilih kawan samada kaya, miskin, cantik dan jelek

Photobucket
Tetap tenang menghadapi tekanan

Photobucket
Harmonikan suasana dengan gurauan

Photobucket
Memaafkan orang lain

Photobucket
Hidup biarlah berteman

Photobucket
Bekerjasamalah untuk menuai hasil yang lebih besar

Photobucket
Hargai setiap detik bersama yang tersayang

Photobucket
Percaya kepada diri sendiri

Photobucket
Hormati orang yang kurang bernasib baik

Photobucket
Sesekali manjakan diri anda

Photobucket
Menjelajahi dunia ketika ada kesempatan

Photobucket
Mengambil risiko untuk mencapai kejayaan

Photobucket
Memahami bahawa wang bukanlah segala-galanya
Photobucket


Seorang lelaki menanam pokok bunga ros di halaman rumahnya. Setiap hari dia menyiram dan menjaga pokok tersebut sehinggalah pokok ros itu mengeluarkan bunga putik bunga. Lelaki itu meneliti putik bunga tersebut. Tiba-tiba dia terpandang duri-duri yang terdapat pada batang pokok ros tersebut.


"Batang pokok ini dipenuhi duri. Aku tidak yakin pokok ini akan mengeluarkan bunga yang cantik" kata lelaki itu kepada dirinya sendiri.


Sejak hari itu, dia tidak lagi menyiram dan menjaga pokok bunga ros itu. Pokok ros yang telah mengeluarkan putik bunga itu kemudiannya mati kekeringan tanpa sempat mengembangkan bunganya.


Mari kita bandingkan diri kita dengan situasi di atas. Ketika kita dilahirkan ke dunia, Allah telah meletakkan beberapa kelebihan dalam diri kita yang kita ibaratkan sebagai putik bunga ros. Persekitaran mendidik kita. Adakalanya didikan yang kita terima bersifat negatif yang kita ibaratkan sebagai duri. Duri dalam kehidupan kita terlalu banyak sehingga menyebabkan mata kita buta untuk melihat kecantikan bunga ros yang berada di dalam diri kita. Yang kita nampak hanyalah duri yang tajam. Kemudian kita percaya bahawa diri kita yang dipenuhi duri ini tidak akan mendatangkan apa-apa faedah dan kebaikan sehingga kita membiarkannya tanpa bersiram. Kita telah membiarkan kelebihan kita (our potential) terpendam di dasar diri tanpa berusaha untuk menonjolkannya ke permukaan disebabkan kepercayaan negatif tersebut.


Photobucket


Mulai hari ini, mari kita siram, letak baja dan tanah yang mencukupi, belai setiap hari sehingga bunga ros yang telah berputik dalam diri kita sejak kita dilahir ke dunia boleh berkembang menjadi bunga ros yang cantik di mana kecantikan itu boleh menyenangkan mata kita dan mata orang-orang yang berada di sekeliling kita. Dalam masa yang sama kita harus berwaspada dengan duri-duri yang tajam itu agar ia tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkembang.